Sunday, October 24, 2010

ORIENTASI DAN MOBILITI

Tujuan Orientasi dan Mobiliti
Tujuan Orientasi dan Mobiliti dibuat adalah
1) Memberi pendedahan kepada mereka yang berminat dalam membantu orang buta bergerak. Mereka berminat untuk membantu golongan ini tetapi tidak didedahkan bagaimana untuk membantu orang buta bergerak.
2) Memberi kemahiran-kemahiran atau teknik yang betul kepada juru pandu untuk membantu mereka yang bermasalah penglihatan semasa orientasi dan mobiliti. Ini kerana terdapat teknik yang salah secara tidak sedar digunakan semasa mengajar jika mereka tidak mempelajari subjek Orientasi dan mobiliti.

Kepentingan Orinetasi dan Mobiliti
Terdapat beberapa sebab tugasan ini dijalankan. Antaranya adalah:
1) Memberi gambaran atau pengalaman kepada orang celik merasai pengalaman menjadi orang buta.
Orang celik perlu melalui pengalaman orang buta bagi memudahkan mereka untuk mengajar orang buta atau menjadi juru pandu. Mereka perlu tahu bahawa risiko bahaya terhadap orang buta adalah tinggi.
2) Memberi kesedaran kepada orang celik untuk membantu orang buta.
Orang buta amat memerlukan bantuan juru pandu untuk berjalan sebelum mereka dapat menyesuaikan diri dengan keadaan suatu kawasan. Masa yang lama juga diperlukan oleh orang buta sebelum mereka mampu berjalan sendiri.
3) Untuk diaplikasikan oleh bakal guru yang akan mengajar murid-murid buta di sekolah. Pelajar bukan hanya perlu belajar secara teori sahaja malah memerlukan latihan amali supaya teknik yang di ajar adalah betul dan mampu membantu murid buta.

Pihak Yang Terlibat
Dalam orientasi dan mobilti, terdapat dua pihak yang terlibat iaitu orang buta dan juru pandu:
1) Juru pandu mestilah terdiri daripada orang celik. Mereka berperanan membimbing mereka yang buta untuk berjalan dari satu destinasi ke satu destinasi.
2) Orang buta (klien) amat memerlukan juru pandu semasa orientasi dan mobiliti sebelum mereka mampu berjalan tanpa bantuan juru pandu di suatu lokasi.