Friday, February 5, 2010

Gangguan Syaitan

Syaitan mengganggu manusia pada 3 perkara:
1. Was-was pada akidah
2. Was-was pada ibadat
3. Was-was pada akhlak.

Daripada apa yang kita ketahui terdapat beberapa cerita yang kita boleh kongsi bersama,

Cubaan untuk merosakkan Akidah umat islam
Suatu ketika dahulu, peristiwa berlaku dalam kelas darjah tiga dimana seseorang pendakwah bukan islam yang menyamar sebagai seorang ustaz menjadi guru sementara kepada ustazah yang cuti melahirkan anak.
"Murid-murid, nampak kapur yang ustaz pegang ni", tanya ustaz itu kepada murid darjah tiga itu.
"Nampak ustaz", jawab murid dengan yakin".
" Jadi, kapur itu ada"
" Nampak meja di depan kamu", tanya ustaz itu lg.
" Nampak ustaz", jawab murid dengan seronok dan yakin".
"Jadi, meja itu ada", jawab ustaz itu.

Begitulah soalan yang seterusnya, dia tanya tentang kewujudan kipas, lampu dan sebagainya sehingga murid-murid menjadi seronok menjawab.

"Satu lagi soalan terakhir, kamu nampak Allah" tanya si ustaz yang menyamar itu.
" Jadi, Allah itu tidak ada, tidak wujud." jawab si ustaz itu.

Kelas menjadi riuh-rendah dengan soalan si ustaz itu. Tiba-tiba ada seorang murid yang pendek bangun dan berdiri di atas meja.

"ok, kawan-kawan mintak diam, saya ada satu soalan nak tanya" kata murid kecil yang bersemangat itu.
"Nampak tak otak ustaz ", tanya murid pendek yang kecil itu.
"Tak nampak", jawab semua murid itu.
" Jadi ustaz tak de otak"jawab si kecil itu.

Begitulah permainan orang kafir yang cuba permainkan dan merosakkan akidah agama islam. Jadi, kita sebagai orang islam wajib belajar agama supaya tidak ditipu dan terpedaya dengan pelbagai helah mereka.

No comments:

Post a Comment